- Dasar Privasi
Dasar Privasi Cakna Capital
Dasar Privasi Cakna Capital
Terakhir dikemas kini: 29 September 2026
Di Cakna Capital (“kami”, “syarikat”, “pihak kami”), privasi anda adalah keutamaan kami. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi pengguna (“anda”) ketika melawat laman web kami di caknacapital.com.
1. Maklumat Yang Kami Kumpul
Kami mungkin mengumpul beberapa jenis maklumat berikut:
1.1 Maklumat Peribadi
Maklumat yang anda berikan secara sukarela melalui borang di laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Nama penuh
Nombor telefon
Alamat emel
Maklumat pertanyaan / mesej
Maklumat asas mengenai keperluan kewangan atau perkhidmatan yang anda cari
Dokumen sokongan yang anda pilih untuk muat naik, termasuk slip gaji
1.2 Maklumat Automatik
Apabila anda melawat laman web, sistem kami secara automatik boleh mengumpul:
Alamat IP
Jenis pelayar dan peranti
Tempoh lawatan & halaman yang dilawati
Data cookies dan teknologi tracking lain (contohnya Meta Pixel, Google Analytics)
2. Bagaimana Maklumat Digunakan
Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan berikut:
Memberi maklum balas kepada pertanyaan anda
Menyediakan perkhidmatan atau maklumat yang anda minta
Menjalankan semakan awal kelayakan apabila anda memintanya
Meningkatkan pengalaman pengguna di website
Menjalankan analisis pemasaran
Mengoptimumkan iklan (contoh: Facebook/Meta Ads, Google Ads)
Menghubungi anda bagi tujuan susulan, sokongan pelanggan, atau konsultasi
3. Pendedahan Maklumat Kepada Pihak Ketiga
Kami tidak menjual atau menyewa maklumat peribadi kepada mana-mana pihak.
Namun, maklumat boleh dikongsi dengan pihak ketiga hanya dalam situasi berikut:
Penyedia platform komunikasi dan analitik seperti WhatsApp, Meta dan Google, mengikut fungsi yang anda gunakan
Penyedia servis IT atau hosting bagi memastikan website beroperasi dengan baik
Penyedia pembiayaan, Coshare Holding Berhad, apabila anda memilih untuk meneruskan permohonan, selepas tujuan perkongsian diterangkan kepada anda
Jika diperlukan oleh undang-undang, arahan mahkamah, atau agensi kerajaan
Semua pihak ketiga terikat dengan dasar kerahsiaan masing-masing.
4. Cookies & Teknologi Tracking
Website kami menggunakan cookies dan teknologi tracking untuk:
Menambah baik prestasi website
Mengukur trafik dan tingkah laku pengguna
Menyampaikan iklan yang relevan (contoh: remarketing atau retargeting)
Anda boleh mematikan cookies melalui tetapan pelayar, namun ia mungkin menjejaskan fungsi tertentu di laman web.
5. Penyimpanan & Keselamatan Data
Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda daripada:
Akses tanpa kebenaran
Ketirisan data
Penyalahgunaan atau pengubahsuaian tidak dibenarkan
Maklumat hanya disimpan untuk tempoh yang diperlukan mengikut tujuan asal pengumpulan.
6. Hak Anda Sebagai Pengguna
Anda berhak untuk:
Meminta akses kepada maklumat peribadi anda
Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat
Meminta penghapusan data tertentu (jika tidak bercanggah dengan keperluan operasi)
Menarik balik persetujuan penggunaan data, contohnya untuk pemasaran
Untuk permintaan ini, sila hubungi kami melalui maklumat di bawah.
7. Pautan Ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau dasar privasi laman web tersebut.
8. Perubahan Dasar Privasi
Kami berhak untuk mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui kemas kini tarikh di bahagian atas dasar ini.
9. Hubungi Kami Tentang Data Peribadi
Untuk pertanyaan tentang penggunaan maklumat, tempoh penyimpanan, akses, pembetulan atau penarikan persetujuan, hubungi hello@caknacapital.com atau +6013-333-9216. Alamat: C-13-1 & C-13-2, Jalan Serai Wangi L 16/L, Alam Avenue 2, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.
Untuk pertanyaan awal, anda boleh menghubungi kami tanpa menghantar slip gaji. Jangan hantar dokumen tambahan sehingga tujuan penggunaan dan penerimanya diterangkan kepada anda.
10. Penghantaran Borang Laman Web
Maklumat yang dihantar melalui borang semakan laman ini diterima oleh pasukan Cakna Capital melalui hello@caknacapital.com. Slip gaji ialah lampiran pilihan; pertanyaan awal boleh dibuat tanpa dokumen. Sebelum maklumat diteruskan kepada Coshare Holding Berhad untuk proses permohonan, tujuan perkongsian perlu diterangkan kepada anda.