- Dasar Privasi
Privacy Policy
Privacy Policy – Cakna Capital
Terakhir dikemaskini: 12 Dec 2025
Di Cakna Capital (“kami”, “syarikat”, “pihak kami”), privasi anda adalah keutamaan kami. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi pengguna (“anda”) ketika melawat laman web kami di caknacapital.com.
1. Maklumat Yang Kami Kumpul
Kami mungkin mengumpul beberapa jenis maklumat berikut:
1.1 Maklumat Peribadi
Maklumat yang anda berikan secara sukarela melalui borang di laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Nama penuh
Nombor telefon
Alamat emel
Maklumat pertanyaan / mesej
Maklumat asas mengenai keperluan kewangan atau perkhidmatan yang anda cari
1.2 Maklumat Automatik
Apabila anda melawat laman web, sistem kami secara automatik boleh mengumpul:
Alamat IP
Jenis pelayar dan peranti
Tempoh lawatan & halaman yang dilawati
Data cookies dan teknologi tracking lain (contohnya Meta Pixel, Google Analytics)
2. Bagaimana Maklumat Digunakan
Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan berikut:
Memberi maklum balas kepada pertanyaan anda
Menyediakan perkhidmatan atau maklumat yang anda minta
Meningkatkan pengalaman pengguna di website
Menjalankan analisis pemasaran
Mengoptimumkan iklan (contoh: Facebook/Meta Ads, Google Ads)
Menghubungi anda bagi tujuan susulan, sokongan pelanggan, atau konsultasi
3. Pendedahan Maklumat Kepada Pihak Ketiga
Kami tidak menjual atau menyewa maklumat peribadi kepada mana-mana pihak.
Namun, maklumat boleh dikongsi dengan pihak ketiga hanya dalam situasi berikut:
Sistem pemasaran atau automasi seperti Meta, Google, atau WhatsApp API
Penyedia servis IT atau hosting bagi memastikan website beroperasi dengan baik
Jika diperlukan oleh undang-undang, arahan mahkamah, atau agensi kerajaan
Semua pihak ketiga terikat dengan dasar kerahsiaan masing-masing.
4. Cookies & Teknologi Tracking
Website kami menggunakan cookies dan teknologi tracking untuk:
Menambah baik prestasi website
Mengukur trafik dan tingkah laku pengguna
Menyampaikan iklan yang relevan (contoh: remarketing atau retargeting)
Anda boleh mematikan cookies melalui tetapan pelayar, namun ia mungkin menjejaskan fungsi tertentu di laman web.
5. Penyimpanan & Keselamatan Data
Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda daripada:
Akses tanpa kebenaran
Ketirisan data
Penyalahgunaan atau pengubahsuaian tidak dibenarkan
Maklumat hanya disimpan untuk tempoh yang diperlukan mengikut tujuan asal pengumpulan.
6. Hak Anda Sebagai Pengguna
Anda berhak untuk:
Meminta akses kepada maklumat peribadi anda
Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat
Meminta penghapusan data tertentu (jika tidak bercanggah dengan keperluan operasi)
Menarik balik persetujuan penggunaan data, contohnya untuk pemasaran
Untuk permintaan ini, sila hubungi kami melalui maklumat di bawah.
7. Pautan Ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau dasar privasi laman web tersebut.
8. Perubahan Dasar Privasi
Kami berhak untuk mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui kemas kini tarikh di bahagian atas dasar ini.